Thursday, January 20, 2011

cerita jepun

assalamualaikum



siapa pernah tengok cerita jepun yg bername Yakitake Japan
kalau tak pernah tngk,mari saya cerita.

watak utama ialah Kazuma Azuma


Yakitate!! Japan mengisahkan Azuma Kazuma yang bercita-cita untuk membuat roti kebangsaan Jepun iaitu Ja-pan (Roti Jepun). Dia bertolak ke Tokyo untuk mengasah bakatnya sebagai tukang roti di rangkaian kedai roti Pantasia, di samping gelagatnya bersama rakan sekerjanya.
Tajuk siri tersebut sendiri merupakan satu permainan perkataan; Yakitate bermaksud "dibakar segar", tetapi Japan mempunyai 2 makna. Selain merujuk kepada negara Jepun, "pan" bermaksud "roti" dalam bahasa Jepun (diambil dari bahasa Portugis pão; maka Japan adalah permainan kata bagi siri ini. Gaya tersebut mirip nama-nama roti lain dalam bahasa Jepun, seperti "furansupan" (Roti Perancis), "doitsupan" (Roti Jerman berasaskan rye), "itariapan" (Roti Itali), etc. Selain keinginan untuk menghasilkan Roti Jepun, Azuma juga memiliki Tangan Matahari. Tangan sebegini lebih hangat sedikit daripada suhu manusia biasa, membolehkan roti menapai lebih cepat. Ia memberikannya kelebihan pada awal siri ini, namun inovasi yang membolehkannya mencipta banyak Roti Jepun adalah bakatnya yang lebih besar. Walaupun ceritanya bertemakan pembuatan roti, namun yang lebih menarik adalah terdapat banyak unsur permainan kata, terutamanya berkaitan "reaksi" hakim yang sebegitu menonjol bagi menunjukkan bagaimana lazatnya roti yang diadili mereka. Secara umumnya, siri ini adalah menghiburkan bagi sebuah manga shōnen yang biasanya mempunyai jalan cerita serius.
Di Malaysia, siri Yakitate!! Japan turut diterbitkan di Majalah Kreko.





Watak utama

Kazuma Azuma (東和馬 Azuma Kazuma?): Hero utama siri ini yang merupakan seorang tukang roti yang bercita-cita membuat Roti Jepun. Dia tidaklah kelihatan seperti seorang yang pandai, tetapi dia adalah seorang yang pintar mengenai roti. (Dia berpengetahuan luas mengenai nasi kerana datuknya). Azuma juga memiliki Tangan Matahari yang hangat bagi membolehkan ragi menapai lebih pantas dan lebih baik ketika dia membuat roti. Dia berperwatakan optimistik dan ceria, serta tidak mudah patah semangat daripada saingan yang diterimanya, kecuali ketika menghadapi peristiwa tragis. Dia mendapat inspirasi dari pelbagai sumber seperti makanan Jepun serta cerita-cerita dari datuknya, seorang pesawah padi. Mempunyai kemahiran mencongak yang luar biasa apabila Pierrot sedang terkial-kial cuba menyelesaikan masalah matematik yang dilakar di atas pasir.
Kyousuke Kawachi (河内恭介 Kawachi Kyōsuke?): Rakan sekerja Azuma yang berasal dari kawasan Kansai. Kawachi lebih berpengetahuan mengenai roti berbanding Azuma, tetapi turut dikenali kerana selalu menjerit "Apa diaaa?!" (Nanyate?!) pada setiap bab. Dia menganggap Azuma sebagai pesaingnya, namun hubungan antara mereka saling tak ubah seperti "abang dan adik", kerana Kawachi lebih berpengalaman daripada Azuma mengenai hal selain roti. Dia memperolehi "Sarung Tangan Matahari" hasil latihan fizikal bersama Tsukino. Ada kalanya dia bersikap pemalas dan berperangai tidak senonoh, tetapi ketika masa terdesak dia menumpukan usahanya untuk membuat roti yang hebat. Pada satu ketika, dia berjaya menunaikan impian mendiang bapanya, seorang tukang roti yang tidak berbakat tetapi bersemangat tinggi, yang mahu membuat roti putih yang berkhasiat, lazat, dan sesuai dimakan setiap hari. Satu perkara yang menarik mengenai Kawachi ialah kerana dia kerap menukar stail rambut sepanjang siri ini (4 kali).
Kai Suwabara (諏訪原戒 Suwabara Kai?): Anak murid Kuroyanagi yang merupakan seorang tukang roti yang serius. Seorang yang mahir dalam ilmu pedang yang mendakwa telah meninggalkan jalan ahli pedang yang merampas kehidupan untuk mengikut jalan tukang roti yang boleh memberi kehidupan. Sungguhpun demikian, dia kerap bersikap seperti pahlawan dan menakutkan lawan ketika pertandingan roti, membuatkan orang lain tertanya-tanya adakah dia benar-benar "boleh memberi kehidupan" dengan rotinya. Seperti Kawachi, dia turut memiliki Sarung Tangan Matahari dan menganggap Azuma sebagai pesaingnya. Kelihatan dingin pada awalnya, tetapi dia jatuh cinta dengan wakil Amerika semasa Piala Monaco, Monica Adenauer, menampakkan jiwa lembut dalam dirinya.
Shigeru Kanmuri (冠茂 Kanmuri Shigeru?): Seorang tukang roti yang berbakat sangat besar, mula muncul semasa Pertandingan Pekerja Baru Pantasia dan turut memiliki Tangan Matahari. Seorang graduan Universiti Harvard seperti Kuroyanagi, dia melihatnya sebagai mentor dan sering memanggilnya 'senpai' (bermaksud senior). Dia dianggap sebagai "Si Pintar Junior Harvard" kerana bergraduat pada usia semuda 16 tahun. Asalnya bekerja dengan kakak Tsukino yang kejam, Azusagawa Yukino, Kanmuri berpindah ke Cawangan Selatan Tokyo untuk bekerja bersama Azuma serta ingin membalas dendam terhadap Yukino kerana memusnahkan makmalnya. Dia menjaga kedai semasa Piala Monaco, tetapi menyertai semula kumpulan Azuma untuk cabaran Yakitate!! 25/Yakitate!! 9. Dia sebenarnya adalah salah seorang daripada 2 pewaris bagi Kumpulan Hashiguchi (kumpulan kongsi gelap yakuza terbesar di Jepun). Walaupun dia menegaskan tidak akan menyertai yakuza, masalah timbul apabila abang tirinya, Masanobu Tsutsumi berkongsi sentimen yang sama. Tsutsumi mencemburui adik tirinya kerana sering mendapat perhatian daripada ayah mereka, menyemarakkan keyakinan untuk menewaskan Kanmuri dalam pertandingan memasak / membakar. Masalah diselesaikan melalui pertandingan satu lawan satu semasa cabaran Yakitate!! 25/Yakitate!!9 (episod 62).
Tsukino Azusagawa (梓川月乃 Azusagawa Tsukino?): Cucu kepada pemilik rangkaian Pantasia, serta anak murid Matsushiro Ken. Dikatakan jatuh cinta pada Azuma, walaupun tidak dinyatakan dengan jelas. Dia seolah-olah dipinggirkan oleh keluarga Azusagawa yang terlibat dalam Pantasia kerana dia adalah anak luar nikah. Sungguhpun demikian, dia amat berdedikasi terhadap rangkaian Pantasia, mencari tukang roti baru yang berbakat (seperti Kawachi dan Azuma) dan memperoleh sokongan daripada kebanyakan watak lain.
Ken Matsushiro (松代健 Matsushiro Ken?): Pengurus Pantasia Cawangan Selatan Tokyo. Seorang lelaki berotot besar dengan rambut afro dan cermin mata hitam. Dikenali sebagai pembuat Roti Perancis terbaik di Jepun, dia turut meluangkan masa bersama kuda serta bertaruh dalam perlumbaan kuda. Dia adalah bekas guru Kuroyanagi, tetapi sebaik sahaja dia mengesan bakat besar Kuroyanagi sebagai pengkritik makanan, dia tidak menggalakkan Kuroyanagi meneruskan kerjaya sebagai tukang roti. Dia juga suka mengejek Kawachi, yang berperangai serupa seperti zaman remajanya, ada kalanya untuk memberikannya idea membuat roti, tetapi selalunya sekadar suka-suka saja. Dia juga boleh membuat Kawachi khayal pada masa-masa tertentu.


Pengadil roti



  • Ryo Kuroyanagi (黒柳亮 Kuroyanagi Ryō?): Pengurus Pantasia Cawangan Utama, dan graduan Universiti Harvard yang memegang Diploma Sains Makanan (di situlah dia mempunyai seorang teman wanita bernama Cathy tetapi terpaksa berpisah apabila dia terpaksa pulang ke Jepun). Bakat utamanya yang paling cemerlang adalah merasa makanan. Perwatakannya yang lurus bendul jelas bertentangan dengan "reaksi" ganjilnya semata-mata bagi menunjukkan betapa lazatnya roti yang dimakannya (Dia pernah mengahwini seorang wanita yang sangat hodoh hanya kerana permainan kata, dan bercerai 5 minit kemudiannya). Dia pernah menjadi anak murid Ken, tetapi kemudian disingkirkan kerana perangainya. Dia diberi peluang oleh Kirisaki Yuuichi untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan yang dimilikinya sebagai hakim pertandingan Yakitate!! 25 (Yakitate!! 9 dalam anime).
  • Pierrot Bolnez/Leonhart XV (ピエロ・ボルネーゼ Piero Borunēze?): Seorang badut bertaraf dunia yang bertugas sebagai hakim roti, berusia 22 tahun. Boleh tertutur dalam 135 bahasa, membahagikan dirinya kepada 135 klonnya, serta apa saja perkara menakjubkan berikutan statusnya sebagai badut bertaraf dunia. Pewaris takhta Monaco, walaupun dia sendiri tidak mengetahuinya pada mulanya sehinggalah Piala Monaco kedua. Pierrot menyedari dirinya sebagai pewaris takhta Monaco hanya semasa dia kehilangan darah, kerana dia memiliki darah yang sangat jarang ditemui iaitu darah Bombay yang turut dimiliki Raja Monaco. Dia menjadi badut bertaraf dunia dengan hasrat agar ibu bapanya yang dianggap telah membiarkannya semasa bayi dapat menemuinya. Sebenarnya, dia telah diserahkan di bawah jagaan keluarga angkat biasa menurut tradisi Monaco. Tetapi keluarga tersebut melarikan diri dengan duit yang diterima dan meninggalkan Pierrot. Apabila mereka membunuh diri, dia diisytiharkan sebagai sudah mati, tetapi sebenarnya berada di sarkasQuedam.
    Ibu kandungnya meninggal dunia semasa melahirkannya. Raja Monaco (yang mengetahui dia mempunyai darah jarang yang sama jenis dengan Pierrot) mengorbankan dirinya untuk menderma darah, selepas reaksi Pierrot (roti Final Victory Kawachi) bertukar menjadi 'pembunuhan' dan membongkar identiti sebenarnya. Dia kemudian dianggap 'Putera Ajaib' dan kedua-dua kumpulan finalis bercadang membuat roti supaya Pierrot dapat bertemu kembali dengan ibu bapanya. Roti Jepun #61 Azuma mengubah sejarah, menyelamatkan kedua ibu bapanya, dan mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Pierrot adalah watak yang mendominasi babak Piala Monaco, yang memberikan aspek yang segar kepada siri tersebut, bukan sekadar membuat roti.
  • Si Gemuk (Dave) Hachiguchi (デーブ橋口 Dēbu Hachiguchi?): Seorang hakim roti yang terlampau gemuk. Watak tersebut adalah rujukan sendiri oleh pengarang Yakitate!! Japan,Takashi Hashiguchi. Dia pernah menjadi pelukis manga yang berjaya, tetapi dia menjadi terlampau berjaya dan banyak makan. Akibatnya, dia menjadi terlampau gemuk dan hanya tahu menyebut, "Sibuk, sibuk".


Watak jahat



Yūichi Kirisaki (霧崎雄一 Kirisaki Yūichi?): Watak antagonis utama, pemilik rangkaian St. Pierre, dan ironinya dia jugalah 'pakcik baik hati' yang menggalakkan Azuma membuat roti dari episod yang paling awal. Dia bersekongkol dengan Yukino, yang bertungkus-lumus ingin mendominasi adik-beradiknya untuk memiliki Pantasia, mengkhianati rangkaian tersebut dan membenarkan Kirisaki membelinya. Tujuan utama penyertaan Pantasia dalam Monaco Cup adalah supaya Kanmuri dapat menguruskan 10 bilion yen untuk melindungi syarikat, tetapi akhirnya rancangan tersebut gagal. Walau bagaimanapun, Kirisaki memberikan kumpulan Azuma peluang terakhir untuk merampas semula Pantasia melalui pertandingan Yakitate!! 25 (manga) / 9 (anime), tetapi motif sebenarnya masih tidak diketahui. Anak lelaki Yuuichi yang pintar, Meister Sylvan Kirisaki adalah pengurus besar rangkaian Pantasia, dan anak perempuannya Sophie Balzac Kirisaki membantu kumpulan Azuma semasa Piala Monaco. Semasa memakan roti Azuma dalam pusingan akhir Yakitate!! 9, dia mula berubah hati dan berterus-terang kepada Pierrot tentang mengapa dia bersikap kejam terhadap Azuma, tetapi apabila kesan roti tersebut hilang, perangai lamanya kembali dan dia terus mencabar Azuma.
Yukino Azusagawa (梓川雪乃 Azusagawa Yukino?): Anak perempuan sulung keluarga Azusagawa. Dia sememangnya sangat kejam, dan turut tergamak membuang abu mendiang ibu Tsukino di bawah pokok dan bukannya di kubur sebenarnya. Yukino membeli sejumlah besar saham datuknya tetapi kemudiannya menjadi presiden St. Pierre pula. Dia mempunyai kebencian terhadap Pantasia dan turut cuba menghabiskan wang 12 bilion yen milik Pantasia. Watak ini adalah satu lagi watak musuh utama dalam Pantasia dan mempunyai sepasang tangan yang berlawanan dengan Tangan Matahari - Tangan Ribut Salji.


Tukang roti pesaing

  • Tsuyoshi Mokoyama (模糊山剛 Mokoyama Tsuyoshi?) - Pesaing Matsushiro Ken dan pakar membuat roti manis. Dia berlatih bersama-sama Ken untuk mendapat Sarung Tangan Matahari, tetapi setelah dinaikkan jawatan di St. Pierre, dia menjadi malas dan berubah menjadi lelaki lembut. Dia menjadi pengurus cawangan utama St. Pierre di Selatan Tokyo, terletak seberang jalan sahaja dengan kedai yang diuruskan Ken dan Tsukino. Setelah seri dengan Azuma dalam pertandingan roti kebangsaan yang disiarkan di televisyan, Mokoyama dipecat dari St. Pierre dan mengenali Azusagawa Mizuno serta berubah semula menjadi lelaki waja sebenar setelah dia hilang segala-galanya. Dia menyertai Pertandingan Pekerja baru Pantasia dengan memakai topeng koala di mana sekali lagi dia seri dengan Azuma (tetapi kemudiannya dia sendiri menyerah kalah). Kemudian dalam pertandingan Yakitate!! 9/25, kali ini menyamar sebagai panda, dia kalah dengan Azuma. Tambahan pula, roti berperisa buluh rekaan Azuma berkesan menukarkannya menjadi panda sebenar.
  • Mizuno Azusagawa (梓川水乃 Azusagawa Mizuno?) - Adik tiri Tsukino. Memandangkan Tsukino hanyalah anak luar nikah, Mizuno mendapat sokongan ayahnya. Mereka bersaing mengenai Azuma, sama ada kerana kemahirannya ataupun hatinya. Dia suka bersaing dan tidak begitu menepati janji. Azuma pernah mendesaknya untuk memanggil Tsukino sebagai "kakak" setelah Azuma menang. Sebaliknya, jika dia kalah, dia terpaksa bekerja di kedai Mizuno. Mizuno kalah, tetapi pada mulanya dia enggan memanggil Tsukino sebagai "kakak". Sebaliknya, dia memasang pertaruhan baru, jika Azuma kalah dengan Koala (Mokoyama), Tsukino terpaksa melupakan haknya untuk memiliki Pantasia, lengkap dengan surat kontrak. Azuma dan Mokoyama seri, tetapi kemudian Azuma menang setelah Mokoyama menyerah kalah. Setelah peristiwa itu, Mizuno masih lagi berminat dalam hal pemilikan Pantasia.


CMAP


CMAP adalah kependekan bagi "Cooking Meal Assemble People". Ia juga adalah parodi bagi kumpulan penyanyi Jepun, SMAP. CMAP adalah sekumpulan 4 chef selebriti.
  • Takumi Tsubozuka (坪塚拓美 Tsubozuka Takumi?): Ahli CMAP yang paling popular. Dia berambut merah dan mempunyai sepasang mata yang agak kuyu. Takumi amat diminati terutamanya oleh perempuan. Dia menganggap masakan sebagai bisnes yang serius. Oleh kerana dia banyak berlakon watak luar, dia sudah biasa berbahasa rojak Inggeris dan Jepun dalam masa yang sama.
  • Hiroshi Kaname (要博士 Kaname Hiroshi?): Ahli CMAP yang bercermin mata. Dia dikenali sebagai si pintar utama kumpulan tersebut. Namun, ada kalanya dia tidaklah begitu pintar, memandangkan dia mengakui Kawachi sebagai "komander" kumpulan Azuma kerana sering berada di luar gelanggang.
  • Shizuto Narumi (成海静人 Narumi Shizuto?): Ahli CMAP berambut panjang dengan perangai suka berteriak "Matilah!" kepada lawannya.
  • Gō Chimatsuri (千祭剛 Chimatsuri Gō?) voiced by: Kosuke Toriumi. Gō adalah ahli CMAP berambut putih. Dia memiliki Tangan Berapi, yang lebih hebat daripada Tangan Matahari.


Watak lain


  • Meister Kirisaki (マイスター霧崎 Masutā Kirisaki?): Hakim roti serta Pengurus Besar Cawangan Utama Pantasia. Nama sebenarnya ialah Sylvan (シルヴァン). Berdarah kacukan Jepun-Perancis, dia adalah anak kepada Kirisaki Yuuichi. Dia mempunyai ramai peminat wanita yang sering mengikutinya ke mana saja.
  • Sophie Balzac Kirisaki: Adik perempuan Meister. Dia tinggal di Perancis sebagai seorang tukang roti. Dia dianggap sebagai Meister versi perempuan, dengan warna mata (biru) dan rambut (perang) yang sama.
  • Sadanao Azusagawa (梓川貞尚 Azusagawa Sadanao?): Pemilik Pantasia
  • Spencer Henry Hokō (スペンサー・ヘンリー・ホコー Nama timangan: "Sachihoko"?) - Pekerja baru berdarah Itali-Amerika yang bekerja di Pantasia Cawangan Nagoya.
  • Heidi: Heidi adalah pembantu Debu. Memandangkan Debu tidak dapat bergerak, dialah yang melakukan semua kerja untuknya.
  • Brad Kidd: Watak sokongan yang merupakan rakan sekelas Kuroyanagi semasa di sekolah menengah. Watak ini adalah parodi bagi orang Amerika yang serba bleh. Kidd banyak digunakan dalam manga dan anime untuk pelbagai peranan termasuklah sebagai ketua firma penyasatan. Ada kalanya, Kidd sering disalah anggap sebagai Brad Pitt kerana penampilan mereka yang hampir serupa.
  • Kageto Kinoshita (木下陰人 Kinoshita Kageto?): Pekerja Pantasia Cawangan Selatan Tokyo yang mempunyai rambut mirip cendawan. Walaupun watak lain semuanya bercakap mengenai roti terbaru, Kinoshita sajalah yang membuat semua kerja sedangkan yang lain terlibat dalam pertandingan roti. Dalam sekali imbas, dia bukanlah seorang tukang roti yang sehandal Azuma atau Kawachi tetapi dia berkeupayaan bekerja sangat pantas seolah-olah seperti dia mengklonkan dirinya. Ini kerana dia dibesarkan di dalam keluarga yang bekerja di sarkas. Dia juga boleh meniru kemahiran roti orang lain 95% serupa seperti asal.


Babak cerita

Cerita bermula dengan zaman kanak-kanak Azuma apabila dia mula berminat dan belajar membuat roti yang lebih sedap daripada nasi bagi membuktikannya kepada datuknya. 10 tahun telah berlalu...


Babak Ujian Kemasukan Pantasia

Babak ini adalah permulaan di mana Azuma pergi ke Cawangan Utama Pantasia bagi mengharapkan jawatan kosong tetapi dia baru sedar bahawa dia terpaksa melalui satu siri ujian bagi jawatan kosong tersebut. Lebih malang lagi, Azuma bermula dengan hampir kehilangan semua mata bagi mengelakkannya disingkirkan. Dalam babak inilah Azuma mula mengenali Kawachi, Kuroyanagi, Tsukino dan Suwabara Kai. Selepas sahaja pertandingan tamat, Azuma dan Kawachi mendapat pekerjaan di Pantasia Cawangan Tokyo Selatan. Pelbagai cerita pendek mengambil tempat setelah mereka bertemu pengurus mereka Matsushiro Ken dan Azuma bertanding dengan seorang tukang roti yang mahir tetapi berperwatakan seperti lelaki lembut, Mokoyama.


Babak Pertandingan Pekerja Baru

Babak cerita ini memaparkan satu pertarungan sengit antara semua pekerja baru Pantasia pada tahun tersebut. Selepas mereka mengetahuinya, Kawachi mengisytiharkan Azuma sebagai pesaingnya dan memulakan latihan fizikal bagi memperoleh Tangan Matahari tiruan, dikenali sebagai Sarung Tangan Matahari. Babak ini memperkenalkan adik-beradik Tsukino serta perselisihan di antara mereka. Terdapat beberapa tukang roti pesaing yang kembali sebaik Azuma dan Kawachi menyertai pertandingan. Kemuncak pertandingan adalah pertarungan antara Azuma dengan graduan Universiti Harvard bernama Kanmuri.


Babak Piala Monaco

Kanmuri yang bertukar ke Cawangan Tokyo Selatan mendedahkan rancangan jahat bekas pengurusnya Yukino yang bersekongkol dengan Kirisaki Yuuichi untuk mengambil alih Pantasia. Azuma, Kawachi dan Suwabara pergi ke Monaco untuk menyertai pertandingan roti antarabangsa bagi menyelamatkan Pantasia daripada dimiliki Kirisaki Yuuichi. Mereka bertemu badut hakim Pierrot, di samping Raja Monaco berkepala singa yang menganjurkan pertandingan. Namun, pesaing Pantasia, St. Pierre cuba merasuah panel hakim serta berbuat apa saja untuk menghalang Wakil Jepun (kumpulan Azuma) memenanginya, termasuk cubaan membunuh mereka. Terdapat juga cerita sampingan mengenai Pierrot, yang juga merupakan "anak yatim" yang mencari keluarga kandungnya.


Babak Yakitate!! 9/25

Azuma dan rakan-rakannya telah memenangi Piala Monaco tetapi gagal menyelamatkan Pantasia kerana Kirisaki Yuuichi sudah pun mengambil alih Pantasia sebelum mereka memenanginya. Namun, pemilik St. Pierre itu menawarkan peluang terakhir kepada mereka untuk merampas semula Pantasia melalui pertandingan Yakitate!! 9 (25 dalam manga) yang bercorak seperti permainan Othello. Di dalam anime, cerita dipendekkan kepada Yakitate!! 9, di mana kumpulan Azuma mesti menang sekurang-kurangnya 5 daripada 9 pertarungan.
Mereka menghadapi persaingan yang sangat sengit daripada beberapa pesaing lama dan baru, termasuklah ahli kumpulan CMAP (Cooking Meal Assemble People; parodi kepada kumpulan SMAP di Jepun), Suwabara dan Monica, Azusagawa Yukino dan Meister Kirisaki sendiri.


Senarai Roti Jepun

  • Roti Jepun #1: Roti bakar susu soya
  • Roti Jepun #2: Roti periuk nasi elektrik
  • Roti Jepun #3: Roti Bijan ketuhar gelombang mikro.
  • Roti Jepun #8: Roti kura-kura, diwarna, disalut gula-gula dan dibakar perlahan
  • Roti Jepun #9: Roti Taiyaki
  • Roti Jepun #10: Roti millet terendam (Roti Diet Jepun rendah kalori)
  • Roti Jepun #15: Roti millet Jepun hadam sendiri
  • Roti Jepun #15 (varian): Roti hadam sendiri tepung gandum Nanshõkasei (roti disasarkan kepada gadis sekolah)
  • Roti Jepun #16: Roti Kari Jepun Gunung Fuji (sebenarnya roti nan India)
  • Roti Jepun #21: Roti Castella daripada tepung gandum berputik (Castella ialah kek span popular di Jepun)
  • Roti Jepun #22: RotiKamaboko
  • Roti Jepun #24: Roti mentega susu kambing (Hanako)
  • Roti Jepun #24 (varian): Roti Perancis susu kambing (Hanako)
  • Roti Jepun #32: Roti sandwic wasabi
  • Roti Jepun #43: Croissant 324 lapisan
  • Roti Jepun #44: Roti Petalite Kayangan
  • Roti Jepun #51: Roti Sukan Bawang Putih
  • Roti Jepun #51 Kai (varian): Roti Sukan berintikan ikan keli, nori, ulat sutera dan kacang soya hitam, disasarkan kepada pelumba kereta (dibuat bersama-sama Suwabara Kai)
  • Roti Jepun #55: "Anpan" (roti inti kacang merah)
  • Roti Jepun #56: Roti Hitam Jepun (diabaikan kerana doh yang rosak ketika ujian kemasukan Pantasia, hanya ditonjolkan dalam episod 29 anime; asalnya roti dengan bran beras tetapi diganti dengan arang buluh hasil idea Kyousuke)
  • Roti Jepun #57: Roti lebihan Kabukiage
  • Roti Jepun #58: Roti Tembikai gaya sushi
  • Roti Jepun #59: Sandwic Okonomiyaki dengan inti Yakisoba
  • Roti Jepun #60: Roti Vital Gluten melekit dan kenyal
  • Roti Jepun #61: Donat kanabis
Selepas Piala Monaco, Azuma tidak lagi melabelkan Roti Jepunnya dengan nombor, sebaliknya dengan nama lokasi pertarungan Yakitate!! 9.
  • Roti Jepun Ōma: Roti Chawanmushi landak laut
  • Roti Jepun Saito: Wafel mangga Haniwa (Haniwaffle)
  • Roti Jepun Ōmagari: Roti Blanchir daun bawang bengkok "Double Fondue" (bukan Fondue)
  • Roti Jepun Uppurui: Roti gulung dicampur nori
  • Roti Jepun Gero: Roti Daun Buluh 3 Kali Ganda
  • Roti Jepun Nou
  • Roti Jepun TomiuraTart jeruk diawet
  • Pau Jepun: Pau Jepun Ōkuchi: Tenobe Man ("Man" bermaksud "pau" dalam bahasa Jepun, dan merujuk kepada pau kukus biasa Cina. tenobe adalah sejenis mi yang dibuat dengan meregangkan doh dengan tangan beberapa kali, dan juga merujuk kepada proses pembuatannya. Hanya ditunjukkan dalam episod 56 siri anime, dan merupakan satu-satunya dalam kelasnya, jadi tiada penandaan nombor) (tidak halal kerana menggunakan daging khinzir)

[sunting]Roti lain

(disusun mengikut turutan pembuatnya diikuti penampilannya)

[sunting]Roti Azuma selain Roti Jepun

  • Rotu gulung marjerin tindakan wap lampau


Roti Kawachi

  • Roti Hua-Chuan bakar
  • Roti Perancis berasaskan oat
  • Roti sandwic "O-sake" gaya Osaka (tidak halal kerana menggunakan arak)
  • Roti Tembikai Super Matahari Terbit (dibuat dengan adunan pai dan bukannya adunan biskut)
  • Yakisoba-dog (Yakisoba dikisar ke bentuk hotdog, kemudian dibubuh di dalam roti)
  • Roti ketam bergerak
  • Roti Perancis Menyanyi "Kerak Berganda"
  • Roti putih "Kemenangan" Terulung (dengan kerak lapisan croissant, bentuk lebar luar biasa dan sobayu yang kaya dengan antioksida)


Roti Suwabara

  • Criossant 648 lapisan tindakan wap lampau
  • Roti panjang Perancis "Menari"
  • Lu-pan #5: "Jus campur dengan kacang dan badam, memberikan roti rasa berempah dan rangup yang sekata" (Pain d'epices)
  • Lu-pan #6: Roti Sukan Kura-kura Merah (dengan darah Kura-kura Snapper dan wain merah) (tidak halal kerana menggunakan arak)
  • Lu-pan #1: Mahkota D'loro Keemasan dengan Permata Buah-buahan Bersinar
  • Lu-pan Ōmagari "Berpintal": Roti "Tourner" Blanchir daun bawang bengkok


Roti tukang roti lain

  • [Tsuyoshi Mokoyama] Kouign Pudding Amann, kek mentega manis dengan puding rendah gula di dalamnya
  • [Mizuno Azusagawa] Roti Tembikai Super Manis
  • [Spencer Henry Hokou "Shachihoko"] Roti Yakisoba "Kouchinmi" gaya Nagoya
  • ["Koala" (Mokoyama)] Roti Naga dianyam dan disalut jus marmalade oren dan cip coklat
  • [Shigeru Kanmuri] Pain au algue dengan yis Kaiyou
  • [Shigeru Kanmuri] Pain au rustique dengan yis Kaiyou RAS (Resilience Against Salt; Tahan Garam)
  • [Edward Kayser] Kouglof au Miel
  • [Wakil Amerika Syarikat] "Roti Belon" debuat dengan pengadun Cangkuk Naga
  • [Wakil Perancis] "Roti Soda Irish" dibuat dengan yis dan bukannya tepung penaik
  • [Gran Kayser] Roti Sukan "Lagun Biru" dengan yogurt blueberry, Amacha Hydrangea, dan tepung mutiara "Kan Kyuu Mo"
  • [Shadow White/Yuuichi Kirisaki] Go-pan #97: Roti Paella dengan tepung beras, makanan laut dan ekstrak nutrien
  • [Monica Adenauer] Roti Rye "Ibu", dengan mawar kandi dan 5 adunan tepung rye berbeza
  • [Shachihoko] Roti Mesir "Iskandariah", dengan perisa Kodaimai Miso
  • [Shadow White/Yuuichi Kirisaki] Go-pan #???: Roti Bagel "Bima Sakti" Terulung
  • [Yuuichi Kirisaki] Go-pan #104: "Penulis Semula Anime" (hanya dipaparkan dalam anime episod 53)
  • [Takumi Tsubodzuka] Roti Ōma: Super Toro Aburi (Toro ialah sushi tuna berlemak, Aburi bermaksud "disalai") di atas Pastri Sarang Lebah
  • [CMAP tanpa Tsubodzuka] Roti Saito: Roti Kari Mangga Istimewa CMAP
  • ["Panda" (Mokoyama)] Roti Alpine 3 Kali Ganda
    • [Meister Kirisaki] Omanta Go-pan
    • [Azusagawa Yukino] Tart strawberi dengan teknik lipatan songsang




4 comments:

Miss Yaty said...

miss yaty dah penah tengok cerita ni dari awal sampai abis..memang best! :)

Aki said...

aki tgk. aki tgk!! sgt suka ngan Kuroyanagi!!! heheee...lau tgk ja msti lapar!!!

ibnu yusof said...

memang best pon citer ney..

DDrfauziah said...

Salam singgah ukhwah dari Kak G.

Selamat Tahun Baru 2011 & Tahun Hijrah 1432.

Sambil itu Kak G cuba menepati Misi di Maya:
- Ikhlas bersilaturrahim sesama insan bloggers.
Tengah jenjalan arini, tu la singgah nie.
Panjang juga ceritanya ya.
Ya, teruskan la dengan apa2 yang membuat hati gembira, asal tidak menyalahi batas hukum.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...