Friday, December 31, 2010

masakan saya



NASI ARAB





Sumber: Hanieliza
Bahan
 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan 1.5 liter air 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan] 1 tin kecil kacang peas 1 cawan kismis 3 biji cili merah 3 biji cili hijau 1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris 1 pokok daun ketumbar ] 3 s/b minyak 5 s/b minyak sapi 2 s/b serbuk jintan manis ] 1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air bawang goreng gula garam
Bahan tumis
 5 ulas bawang merah ] 3 ulas bawang putih ] mayang 1 labu bawang besar ] 3 cm halia ] 2 inci kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 s/k jintan manis 1 s/k jintan putih
 
Cara
  Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.  Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.  Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.  Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
 Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori
AYAM TANDOORI
Sumber: Hanieliza
Bahan
 1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan] 1 paket rempah tandoori MAGGI 3 s/b cili mesin 1 s/b serbuk kunyit


 5 s/b tepung goreng ayam
 3 ulas bawang merah ]
 2 ulas bawang putih ] mesin halus
 2 inci halia ]
 garam
Cara
  Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam.
  Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam.
  Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.









CHICKEN CHOP

Bahan-bahannya
  2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya  1 biji telur, dipukul sedikit  ½ cawan tepung jagung  minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap
  1 sudu besar kicap pekat  2 sudu besar jus limau  ½ sudu teh garam  ½ sudu the serbuk lada hitam  ½ sudu teh soda bikarbonat
Bahan untuk sos
  250 ml stok ayam  ¼ sudu teh garam  ¼ sudu teh serbuk lada putih  1/8 sudu teh serbuk lada hitam  ¼ sudu teh garam  1 sudu besar sos tiram  ½ sudu besar sos Worcestershire  ½ sudu teh kicap cair  beberapa titis kicap pekat  1 biji bawang besar, didadu kecil  1 sudu besar bawang putih, dicincang halus  ½ sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
  Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.  Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.  Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.  Masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.  Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
NOTA:
 Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...